Tuesday, 20 November 2012

PENGENALAN



    Terlebih dahulu kami memanjatkan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dapat kami siapkan tugasan modul atas talian yang telah diamanahkan kepada kami. Tugasan KPD3016 ini memberi kami peluang mempelajari ilmu membina blog yang mana memberikan kami satu ilmu yang baru dalam bidang teknologi maklumat.

     Jutaan terima kasih serta sekalung penghargaan kami ucapkan kepada Dr. Amelia yang memberikan kami ilmu serta maklumat tentang bagaimana cara membina blog. Penyampaian ilmu ini insyaAllah akan kami aplikasikan dalam dunia pendidikan. Blog yang kami hasilkan mungkin tidak setanding dengan blogger yang profesional tapi kami berpuas hati kerana ianya adalah hasil usaha kami sendiri.

    Akhir kalam, ucapan terima kasih kepada semua ahli kumpulan yang berkongsi idea untuk menyempurnakan tugasan ini.Semoga blog yang tidak seberapa ini menjadi manfaat kepada semua.


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 



Subjek

Bahasa Malaysia Tahun 3


Hari

Isnin


Masa

2.20- 3.20 petang


Bilangan Murid

40 orang


Tajuk

Kegunaan Pokok Kelapa


Hari Pembelajaran

Fokus Utama 1.2 
Aras 2 (i)memberikan respon yang sesuai berdasarkan soalan yng dikemukakan.


Objektif

Pada akhir pembelajaran murid dapat menyatakan kegunaan pokok kelapa


Pengetahuan Sedia Ada :

Murid biasa melihat pokok kelapa


Penerapan Nilai:


Kebersihan dan bertanggungjawab

BBM:


Potongan gambar dan lembaran kerja




AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN



Langkah / Masa




Isi kandungan


Aktiviti P & P


Sumber/Catatan

        Set
     induksi

   ( 5 minit )


      Pengenalan

    -         Pokok kelapa


    ·        Guru kemukakan teka teki
    ·        Tayangan gambar/ video pokok kelapa

Teka-teki / gambar pokok kelapa.





  Langkah 1

  (15 minit)
  
    Aktiviti
     Kelas





Bahagian pokok kelapa




Guru menunjukkan gambar bahagian-bahagian pokok kelapa


Gambar bahagian pokok.

1. Daun
2. Batang
3. Buah












 Langkah 2

 (25 minit)

    Aktiviti
     Kelas















Kegunaan pokok kelapa.












Guru menunjukkan gambar-gambar kegunaan bahagian pokok kelapa.

1. Gambar buah kelapa.

a) Santan
b) Berus
c) Jeli kelapa
d) Air kelapa
e) Senduk
f) Tabung

2. Gambar batang
    Kelapa.

a) Titi
b) Rakit

3. Daun

a) Sarung dodol
b) Sarung ketupat
c) Sarung nangka
d) Trumpet
e) Penyapu lidi
f) Lekar (alas periuk)
g) Atap



 Langkah 3

 (10 minit)



Pengukuhan dan penilaian.


Guru menyediakan Lembaran kerja berkaitan kemahiran yang diajar


1. Lembaran kerja








   Penutup

   (5 minit)






Kesimpulan


    ·        Guru membuat rumusan tentang kemahiran yang diajar.

    ·        Pesanan kepada murid supaya membuat latihan didalam buku aktiviti.




1. Buku aktiviti